( Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar... Kedengaran tadbir raya berkumandang di corang-corong radio, tv, masjid-masjid berdekatan dan turut tidak terlepas daripada dilafazkan oleh insan-insan yang berdekatan )
Kesedihan aku meninggalkan nia Ramadhani masih tersisa.. Pemergiannya agak dirasai meskipun kehadirannya kurang dihayati.. Ramadhan kali ini telah berlalu dengan begitu pantas.. Kepantasannya membuatkan daku tidak sempat mendapat "feel" Ramadhan itu sendiri.. Walau bagaimanapun, let bygones be bygones..
Syawal ke 17 dalam hidup aku tiba jua.. Syawal kali ini telah mengukir pelbagai peristiwa menarik dan secara tidak langsung telah memberi kesan terhadap persepsi aku pada keluarga, diri dan masyarakat.. Kalau berkesempatan.. Semua cerita tu aku nak share.. nak luahkan... nak muntahkan ja suma kat sini.. Kan senang..
Peristiwa 1
Aku dipertemukan dengan sepupuku.. Adam namanya.. Ayahnya lak nama Joseph.. Ibu dia merupakan kakak kepada ibu aku.. Umur dia baru 13 n dia sekarang stay kat London klau tak silap aku. Part yang best skali.. Dia tahu lebih kurang 3 perkataan ja dalam Bahasa Melayu.. Err.. So.. Kalau nak communicate dengan dia tidak dapat tidak kena speaking arh.. Arhhhh... Ini ler kelemahan aku yang paling ketara..
So.. Hendak dijadikan cerita.. Kan ada pepatah yang menyebut "action speak louder than words".. Aku terus beranggapan body language benar2 speak louder compare to words.. Yes.. Itulah apa yang aku wat.. Banyak body language antara kami sebab kelemahan aku untuk berbicara dalam bahasa asing ini.. Waduh2.. Terlalu banyak perbezaan antara kami membuatkan aku terbayang jurang yang agak luas telah tercipta secara tidak sengaja oleh sebab itu..
Minat kami jauh berbeza.. Apatah lagi adat-istiadat.. Tapi.. Adam dan bapanya tetap menghormati adat Melayu dan telah berusaha bersungguh-sungguh mengadaptasi persekitaran Eid ul-Fitr di Perak.. Ternyata usaha mereka membuahkan hasil.. Mereka secara tidak langsung telah berjaya menukar persepsi aku akan keluasan jurang antara kami yang semakin lebar..
MOTS : Mungkin kita tak sedar realitinya perbezaan yang menjadikan kita unik dan dengan tidak semena-mena bakal meningkatkan curiosity kita untuk mengenali insan lain atas tiket keunikan mereka.. Konklusinya.. semua orang UNIK....!
Peristiwa 2
Sebelum tangan petah menukilkan kenangan di Hari Kemenangan Umat Islam ini.. Sebelum jari jemari pantas menyentuh huruf-huruf di papan kekunci (keyboard).. Izinkan aku menceritakan tempat kami beraya pada raya kedua yang aku lupa nak ceritakan agar perjalanan cerita ini lebih picturistik (mudah digambarkan... perkataan ni aku reka sendiri naa..)
Angin laut berhembus sepoi-sepoi bahasa..Matahari tak memancarkan sepenuh haba dan cahayanya ke arah pantai Teluk Batik, Perak.. Burung berterbangan riang sekali.. Ombak laut bergelora agak perlahan menggambarkan ketenangan di hati aku yang sedikit berombak.. Cuaca seperti ini amat sesuai jika kita hendak ber "banana boat".. Ya... Itulah yang terlintas di fikiran adik-adikku yang belum matang ini. Justeru itu, aku yang perasan cool ni dengan selambernya mengajak mereka segera ke pantai untuk ber "banana boat"
Kami terus ke pantai disertai oleh sepupu2 kami yang turut sama mengingikan aktiviti yang sama di kala cuaca seperti ini. Tanpa membuang masa Brother banana boat terus kami terjah untuk menanyakan harga seterusnya selangkah ke arah tujuan kami yang utama yakni ber "banana boat"
Matlamat kami tercapai tanpa banyak halangan.. Err.. Ni first time aku nek bot pisang yang selaju ini.. Ternyata kelajuannya berjaya meng"gerbang"kan rambutku.. Wahhhaaaha... Tiba2.. Sepupu aku cakap bahawasanya member2 dia pernah terkucil beramai-ramai tatkala menunggang bot pisang ini.. Debar di hatiku semakin kencang.. Apatah benar kata2 sepupuku ini.. Pelayaran masih diteruskan.. Tunggangan kami a.k.a bot pisang agak melompat-lompat melawan arus ombak.. Oleh yang demikian, penunggangnya iaitu kami turut melompat gara2 kenakalan tunggangan kami itu..
Tiba2.. Wisel dibunyikan oleh pemandu bot pisang itu.. Kami atau lebih dikenali sebagai penunggang bot pisang ternyata kebingungan.. Secara semena-mena dan tidak kena mengena bot pisang itu decelerate until it reach zero velocity.. Owh.. Lega.. Da nak men"darat" kah.. Patut arh slow..
Pap...! Disentapnya tali bot pisang tu oleh pemandu speed boat tu daripada arah 90 degree membelok membuatkan kami terguling ke dalam air di tepian pantai dengan pantasnya.. Adoiii... sakit laaaa!
MOTS : Jangan cepat menaruh harapan....~
Peristiwa 3
Err... Part ni malu skit arh nak cita..
Masa yang pantas berlalu bagaikan tak terasa pun..
berada di bulan Syawal..
selangkah demi selangkah...
Arh.. Part yang paling sedih dalam cuti aku ialah ketidaksempatan aku untuk study subjek yang aku da plan nak study iaitu FIZIK.....!
MOTS : Kita merancang.. Allah juga merancang.. Memang Allah sebaik-baik perancang.. Tapi kalau kita tak komited n berdisiplin untuk patuh pada rancangan kita.. Tu salah kita sebab pilihan tu memang ada kat tangan kita.. Cuma... Cuma... Cuma... kita ja yang.... Arh... Pandai2 arh P K sendiri......... XP
No comments:
Post a Comment