Sunday, January 19, 2014

Kenapa Aku amik Medic..?

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama tidak menulis. Hari ni aku telah hadir kembali ke laman ini setelah sekian lama. Bertanya kepada diri kenapa aku buat apa yang aku buat sekarang. Sekarang tengah fatrah final exam. Angin kabus di pagi hari menyukarkan daku untuk solat subuh berjemaah di masjid. Sejuk hingga ke tulang sulbi mematikan lagi semangat untuk keluar rumah. Hanya iman mereka yang cukup hangat mampu membawa diri melangkah keluar rumah menuju masjid.

Masjid Mu Tunggu, Aku Datang..

Begitulah azam aku yang semalam, aku yang harini dan aku yang besok. Moga azam itu digapai satu hari nanti dalam waktu yang terdekat. Setiap kali aku bangun daripada tidur, setiap kali itu juga aku dibentangkan dengan dua pilihan : sama ada mahu mengejar mimpi atau diulit mimpi. Aduyai.. Pilihan kedua ternyata lebih berat setiap kali itu juga.

Inilah aku.. Terdampar di tanah penuh sampah tapi mata wangnya lebih daripada Ringgit. Pelik siot, Duitnya da la buruk nak mati. Duit Malaysia yang sering kali bertukar corak dan warna baru itu tetap kalah dari sudut ketinggian mata wang. Moga penurunan harga kangkung itu mampu menaikkan mata wang Ringgit di masa depan. Agaknyalah~~

Kenapa aku amik medic..?

Sebab mak aku suruh. Dan aku tak tau bidang lain yang aku mungkin minat. Aku minat agama kot. Huh~ Tapi siapa yang nak pandang lepasan pondok kan. Mana mungkin mendapat pandangan meriah daripada makhluk. Tapi pandangan khalik gi mana pula. -_-

Ok. Poyo!

:3

No comments:

Post a Comment