Wednesday, November 3, 2010

Tiga soalan..........?

Satu lagi kisah menarik…
Pada suatu masa dahulu terdpat seorang lelaki yg amat memusuhi Islam. Dia mempunyai tiga soalan popular yg tiada sesiapa mmpu utk mnjawabnya. Tiada pelajar Islam di Baghdad yg berjaya mnjawab soalan2 trsebut . Oleh sebab itu, dia selalu mempermainkan Islam di khalayak ramai. Dia sering mghina Islam dan umatnya. Pada saru hari, seorang budak lelaki berumur 10 tahun datang lalu mendengar lelaki tersebut sedang menjerit terhadap muslim2 di jalan itu. Dia mencabar secara terbuka kpd sesiapa yg mahu menjawab tiga soalannya.
Budak lelaki itu berdiri dengan senyapnya dan memerhatikan lelaki itu. Budak itu kemudian mengambil keputusan utk mencabar lelaki kafir itu. Dia memberitahu lelaki tersebut “Saya terima cabaran awak”.
Lelaki itu ketawa dan kemudianya mghina umat Islam dengan berkata “Seorang budak berumur 10 tahun mencabar aku. Ini sajakah yg kalian semua ada?”
Tetapi budak itu tetap sabar dan tidak mengubah pendiriannya. Dia akan mencabar  lelaki itu, dan dengan ptunjuk dan hidayah Allah dia akan menamatkan semua ini. Lelaki itu akhirnya bersetuju.
Seluruh penduduk bndar berkumpul di bukit kecil yg terbuka kawasannya. Lelaki itu pnjat ke puncak bukit, dan dengan suara yg agk lntang dia menyampaikan soalannya yg pertama.
“Apa yg Tuhanmu lakukan sekarang??”
Budak lelaki itu berfikir sejenak lalu mengarahkan lelaki tersebut utk turun drpada bukit dan membiarkannya berada di puncak utk mnjawab soalan itu.
Lelaki itu berkata “Apa? Kau nak aku turun ?”
Budak lelaki itu membalas, “Ya. Saya perlu menjawab soalan td kan ?”
Lelaki tersebut terus turun ke bawah dan budak yg berumur 10 tahun itu naik ke atas dengan kaki2nya yg kecil.
Budak itu menjawab soalan tadi “Ya Allah yg Maha Kuasa! Kau menjadi saksiku di hadapan khalyak ramai ini. Kau telah menurunkan seorang Kafir ini ke tahap yg lebih rendah, manakala Kau naikkan seorang Muslim ini ke tahap yg lbih tggi!”
Para penonton bersorak dan melaungkan “Takbir”…. “Allah-hu-akbar!!!”
Lelaki itu brasa terhina, tetapi dengan garangnya menanyakan soalan yg kedua “Apa yg wujud sbelum Tuhanmu ?”
Budak lelaki itu berfikir dan berfikir.
Kemudian dia mengarahkan lelaki itu utk membilang nombor secara terbalik. “Kira bermula daripada sepuluh dan ke bawah.”
Lelaki itu pun melakukan apa yg disuruh….. “10,9,8,7,6,5,4,3,2,1,0”
Budak kecil itu bertanya, “Apa yg datang sebelum 0 ?”
Lelaki tersebut menjawab, “Aku tak tahu… tiada apa2”
Budak itu pun membalas, “Sebenarnya, tiada apa2 sebelum Allah, kerana Allah itu kekal dan tiada permulaan.”
Para hadirin bersorak lagi…. “takbir!”…. Allahu-akbar!!!!”
Lelaki itu berasa amat tertekan, dia pun menanyakan soalannya yg terakhir. “Kearah manakah Tuhanmu mghadap?”
Budak itu berfikir dan berfikir.
Dia kemudiannya meminta sebatang lilin. Sebatang lilin telah diberikan kpdanya. Budak itu memberikan lilin itu kepada lelaki yg memberikannya soalan tersebut lalu mengarahkannya utk menyalakan lilin tersebut.
Lelaki tersebut menyalakannya lalu bertanya, “Apa hendak kau buktikan dgn lilin ini ?”
Budak kecil itu bertanya kembali,” Kearah manakah lilin ini menghadap ?”
Lelaki itu membalas, “Ke semua arah.”
Budak itu berkata,”Kau telah menjawab soalan yg kau beri tadi. Cahaya Allah (nur) menghadap ke semua arah. Dia ada di mana. Tiada tempat yg Dia tdk dpt ditemui.”
Sekali lagi, hadirin bersorak…. “Takbir!”… “Allahu-akbar!!!!”
Lelaki itu begitu mengkagumi dan berasa tersentuh dgn kebijaksanaan budak tersebut. Dia kemudiannya memeluk Islam dan menjadi pelajar kepada budak tersebut.
Maka berakhirlah perdebatan mereka.
Siapa budak itu ?
Budak itu adalah Imam Abu Hanifa (r.a)…
 ^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
sedikit kata2 drpada sya... Hidayah Allah 2 adalah utk suma.. semoga kta dikurnikan hidayahNya..

2 comments:

  1. hidyah ja xckop..sbb rmai org dpt hdayah tpi xda taufiq..taufiq ni mksudnya pndorong-pelengkap kpda hidayah..contoh:Fatin tahu yg kapel itu HARAM tpi dya kapel jgak..mksudnya, Fatin dpt hdyah..tpi klau Fatin tahu KAPEL tu HARAM dan dia brusaha xbuat..tu mksudnya dia mnerima taufiq dan hidayah Allah..sekadar itu..Wallahua'lam

    ReplyDelete
  2. k maseh2.... aduyai... kn da kna tazkirah.. hek3
    KAPEL?? ada org 2 kn da taw suma hkum sal KAPEL tp dya wat gak... org cmni nk golongkan kt mna ni???? nk kta x dpat hidayah... ntah la... dya ja kot sia-siakan bnda yg dya da taw 2.. hu2

    ReplyDelete