Saturday, August 18, 2012

EXAM.... 3??

( Ada orang takut exam.. Ada orang fobia exam.. Ada orang kata exam 2 kiamat wat dya.. Tp aq.. urm.. ntahla..)

Angin petang berhembus perlahan seakan dapat membaca niat aq untuk sapu daun2 kering kat depan rumah.. Cuaca petang pukul 6.00 ptg ni suam2 kuku seolah-olah memberi galakan kepadaku utk terus berusaha mengaut pahala petang ni.. Masih terngiang-ngiang di kelopak telinga aq terjemahan hadis Rasulullah yg dibacakan oleh Ustaz Mus time assembly.. "Celakalah orang yang mendapati ibu bapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga.."

Siapalah aq utk tidak mengambil cakna drpd intisari tersebut.. Tangan yg ringan akibat lemak yg telah hilang.. Hilang dibakar oleh tenaga yg aq da consume 28 hari lalu akibat berfutsal dlam keadaan lapar.. Namun, tetap ku gagahi penyapu dan cam yg dari td tak berganjak depan mata aq.. Aq memulakan kembara pahala aq dengan tekad mahu clearkan kawasan ni drpd rumput2 kering sebelum pukul 7..

Sedang fikiran aq jauh dibuai lamunan.. Datang  sebatang tubuh yg tidak asing lagi.. Diala adik aq. kurang 3 minggu lagi beliau akan menempuh UPSR... Ujian besar yg bakal menentukan institusi yg bakal menjadi saksi beliau menongkah ke alam remaja.. Beliau jua lah peneman setia daku beradu kekuatan  dlam game PES 2012.. Sinar senyuman drpd wajahnya tidak pernah pudar meski tidak mendapat 5a dlm pra UPSR yg lalu. Aiman : nama bertuah beliau yg brmaksud bertuah.. hu2

Aq masih tertanya apakah gerangan hal yg beliau lakukan di sini.. Jika datang hendak membantu why not bawak batang penyapu sekali..? Aq ditinggalkan dgn persoalan yg tak wajar dipersoalkan sewajarnya kerna bakal mnggugat kembara perjalanan pahala daku.. Pengembaraanku masih diteruskan tnpa memikirkan jawapan kpd persoalan yg telah ditinggalkan.. Aiman masih berlegar-legar di kawasan hadapan rumah tnpa tujuan.. Adoiii bdak nih..

Sedetik kemudian.. Muncul pula gerangan manusia yg tak asing lagi wat aq.. Beliau turun padang akhirnya utk menyertai aq dlam kembara pahala ini.. Beliau datang dgn memakai baju drpd kain jenis jersey berseluar three quarter.. Beliau datang dengan sebilah penyapu di tangan.. Siap siaga berjuang dlam kembara ini.. Ternyata beliau punya matlamat dan visi yg jelas dlam kembara ini..

Alhamdulillah, aq ditemani olehnya dlam kembara ini.. Oleh itu, semangat berjuang aq telah berlipat-ganda secara tidak semena-mena.. Kami terus bermandi peluh bersatu berjuang berlandaskan ayatNya : "Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah dan janganlah kamu bercerai berai.."

Beliau merupakan adik aq yg paling hampir sebaya dgnku.. Beliau turut berjaya memasuki sebuah sekolah SBT di Perlis.. Beliau bakal mengharungi PMR tahun ini.. Beliau tampak tidak sematang aq tatkala aq seusia dgn beliau.. Walau bagaimanapun, jerawat di mukanya hari ini suda subur melebihi jerawat aq.. hak3.. (padan muka).. Muka aq semakin suci dari hari ke hari.. Kesan pengamalan solat2 sunat barangkali.. (riak 2%) arh.... tidak..! abaikan ayat aq td.. Aq tak betah jika kembara ini diporak-perandakan hanya kerna riak yg secebis itu.. Ini tidak bisa.. tidak bisa terjadi.. Aq kembali cuba mengikhlaskan diri dlam XPDC petang yg masih belum menemui noktahnya lagi..

Agak banyak dedaun yg bertebaran sehingga adakalanya menaikkan suhu hati aq beberapa darjah celcius.. Keikhlasan ku tercabar.. Yahhhh....! Tggu jap..Aq lantas berlari lebih pantas drpd kilat ke arah rumah dan mengambil lighter.. Senyuman sedikit terukir apabila lighter suda di tangan.. "Hilang la kau wahai dedaun yg menyemak.." Hatiku berbisik dgn nada sinis..

30 minit kemudian.....
Dedaun di depan rumahku suda tiada... Woah...! kerja sapa la ni.. Err... Tapi dedaun sekeliling rumah jiranku masih jelas akan kuantitinya yg tak terbilang.. Jika difikir-fikirkan balik.. 30 minit sebelum ini pemandangannya juga begini.. Urm... Gi mana nak wat deh..

Tup tap... Keputusan akhirnya dicapai.. Laptop di dalam rumah terus di-on-kan.. Fb terus di-0n9-kan.. Sekali lagi fikiranku jauh terbang melayang sambil jari-jemari mencari insan yg menarik utk melakukan proses "chatting"..

Sedar tak sedar... Taun ni kami tiga beradik kena amik exam besar.. Waduh2.. Kesian la pd ibu yg mengandung klaw result yg terprint pd slip exam nt tak tera mana.. Aq la yg pling besar skali examnya pon aduyai.. SPM (sijil paling mudah) Selain daripada menanggung beban exam aq sendiri, aq turut menanggung bebanan tanggungjawab mengajar adik2ku agar mereka cemerlang dalam exam2 masing2 secemerlang aq yg da pernah jwb exam mereka itu.. Dulu xdak arh susah sgt examnya..

Wah.....~~~~~! Aq bkan ja kena study hard.. Tapi kena gak teach hard anak2 buah aq nih dalam usaha mereka merangkul keunggulan.. Adess..

Ya Allah permudahkanlah usaha murniku ini Ya Allah..



MOTS :- Jangan malas..........................................................! Sekali lagi... Chaiyok..!




1 comment: