( treng teng teng..... treng teng teng.... (irama seram cita hantu sekarang) pabila anda keseorangan.. sama ada di dalam bilik air... bilik personal dan yg plg penting bilik mayat... hak3 (gelak jahat) apa yg anda akan lakukan...? Anda perlu ingat yg di samping anda pasti ada yg memerhatikan... teneng... teneng... (sound effect semakin menyeramkan) )
Ermm.. Sejak akhir2 ni semakin ramai lak yg follow blog aku ni dari kalangan kaum hawa.. I don't no why.. ( perasan arh 2 ) erm... Macam mna nih.. adakah ini satu ujian atau anugerah.. Penilainya adalah aku sendiri.. Tapi yg menentukan hakikatnya adalah Sang pemberi dan pencipta.. Marilah kita merafa'kan kesyukuran kepadanya kerana masih memberikan kita ruang dan waktu utk bertaubat drpd kesalahan silam kita akibat fitrah kita yg sering kita jadikan alasan dalam semua masalah kita yakni "lupa".. Aku dah lupa da bnda yg aku nak tlis tadi sbenarnya... ( tengok...! baru ja sebut.. da praktikkan... eh3.. )
Refreshing.....
.
.
.
.
.
.
.
Owh... erm... a'ah... yg 2 rupanya.. Ghost represent race.. Betol tak ayat English aku ni.. Hantu melambangkan bangsa..? Kalau salah tolong komen kat bawah.. Jgn takut sebab aku bukannya kategori hantu yang merosakkan bangsa.....! Itu yg pasti.. insyaAllah..
Berbalik kpd tajuk di atas, adalah dimaklumkan bahwa hantu melambangkan ciri2 sesebuah bangsa tersebut.. Mengapa saya berbicara seperti yang sedemikian rupa pasti sidang penonton sekalian tertanya-tanya tp x berpeluang nak tanya saya secara langsung sperti dalam rancangan televisyen yang bersiar secara langsung..
Akan tetapi sidang penonton yg dikasihi,
Hadirin sekalian jgn risau atau resah atau gelisah kerna semua itu tak diperlukan di sini atau pun di depan laptop anda kerna anda sendiri lebih arif akan sebabnya.. Pernah tak tengok cita Saw..? Cita Nur Kasih penah x..? Apa kaitan kedua-dua buah cita ni dan part mana yg berhantu sampai wujud perlambangan bangsa di situ... Hakikatnya soalan tadi tiada sangkut paut pun dengan topik hangat (yg hangatnya laptop sbb lama sgt on) kita pada malam ini.. Soalan tadi berobjektifkan meraih respon drpd sidang penonton yang dihormati.. Komunikasi dua hala arh nak dikatakan.. Amboi.... Sombong lak..
Ok... Aku tau sidang penonton da hangat sbb topik hangat ni belom hangat2 lagi dr tadi.. Sesungguhnya aku dpt mengetahui kehangatan tersebut drpd bahangnya hangat sidang penonton sendiri... Ataukah mgkin aku sedang demam panas.. Urm.. Jauh sekali... Ok.. Ok.. fine.. Seperti yg dijanjikan... Smbung balik syarah topik utama.. Penonton blog sekalian.... pernahkah anda tonton cerita hantu Melayu, Thailand dan Omputeh... di tonton.com... Filem Melayu itu sudah semestinya pernah tengok sbb orang Melayu masih tak henti2 wat filem hantu yg entah apa moral valuenya.. aduyai.. Tapi... ada tpi di sini naa.. Penah tak anda menonton filem2 hantu hasil pembikinan Thailand, Omputeh dan Indonesia misalnya..
Nmpak tak perbezaannya...? Bak kata iklan Seng Heng.. Beza..? memang berbeza ! Pernah tak terlintas di fikiran kita ni kenapa agaknya terdapat perbezaan di antara hantu2 ini..? Cuba tanya diri ... Tak tercapai dek akalnyakah jawapannya...? Urm... Cuba skali lagi tengok... mana arh tau ada rezki... Amacam...? Tak dapat gak.. Oklah cam 2.. Padan muka sebenarnya..
Klaulah kita biasa usha hantu melayu laa.. Kebanyakannya comot.. Baju selekeh.. Rambut serabai.. Nmpak mcam hidupnya tak tentu arah kan kan..? Betul tak ni..?
Cuba kita bandingkan lak ngan hantu Omputeh... Hantu depa ni law nk habaq mai.. Pakai kot kalau yg jantan arh.. Law yg btina lak pkai dress atau gaun cukup kemas... Muka lak mekap tahap sampai putih melepak... Eh3.. Dasat hantu omputeh ni...
Dapat la kita lihat di sini sedikit perbezaan yg aku bawakan.. Sbenarnya adakah hantu melambangkan bangsa...? Bergantung kpd bangsa yg menilai... Tp hakikat sebenarnya hanyalah Sang pencipta sekalian bgsa ni yg lbih mengetahui...
Sekian....
p/s* takutlah pd Tuhan bknnya Hantu....

No comments:
Post a Comment