Saturday, January 1, 2011

Hadiah utk 1000 visitors hri 2

(Tajuk cita ney... Ntahla.. Sapa2 bley tlong bgikan tjuk)

"Alhamdulillah ! Akhirnya usaha aku berbaloi jugak.. Tak sia-sia aku belajar 6 tahun kat sekolah ni," kata Farid dengan gembiranya.

"Tahniah Farid ! I'm proud of U my friend," sahut Hafiz

"Ni aku nak tanya ni. Tahun depan kau nak mencebok ilmu dekat mana ? Luar ke dalam negeri ? Kau mintak SBP (Sekolah Berasrama Penuh) ke ?" sambung Hafiz.

"Aku rasa kalau boleh aku nak sambung kat MRSM (Maktab Rendah Sains Mara) la. Ramai yang cakap budak-budak produk sekolah tu senang dapat kerja nanti. Lagi pun, sekolah tu kan memang bagus. Kau pulak tahun depan nak pergi mana ?" balas Farid.

"Aku rasa nak study agama dalam lagi arh. So, destinasi aku AIS la," jawab Hafiz selamba.

"Ais ?! Benda pa tu ?"

"Eh3. AIS tu singkatan untuk perkataan Arau Islamic School. Dalam bahasa Melayu pulak SMK Agama Arau," terang Hafiz.

"Owh, macam tu. Lain kali bagi tau la pagi-pagi"

"Sekarang ni bukan pagi ke ?"

"Eh, ye tak ye jugak," balas Farid. Mereka berdua ketawa berdekah-dekah. Farid amat menyenangi sahabatnya itu. Sahabatnya Hafiz seringkali berjaya mengukir senyuman di wajahnya itu.


**************

Hari ini merupakan hari terakhir Farid di SK Kuala Perlis. Terlampau banyak kenangannya di sekolah tersebut. Kalau hendak diikutkan hatinya, dia tidak mahu berpisah dengan rakan-rakan seperjuangan yg banyak membantunya selama 6 tahun di situ.

Kebanyakan pelajar perempuan teresak-esak menangis tidak menyanggupi perpisahan yang akan berlaku pada hari ini. Farid bukan lagi seorang anak kecil yang akan menangis apabila terpaksa berpisah. Dia tahu bahwa "setiap pertemuan akan pasti ada perpisahan".

"Farid, mungkin hari ni hari last kita jumpa kat sekolah. Tahun depan kau dan aku kmungkinan besar tak kan duduk sekolah yang sama. Kau jangan menangis pulak bila aku takda nanti. hehehe," sakat Hafiz.

"Ish kau ni pon. Mana ada aku menangis. Rindu tu kot la," balas Farid.

"Farid, jom arh kita pergi mintak nombor handset kawan-kawan kita tu. Nanti kalau nak buat reunion senang arh nak contact" ajak Hafiz.

"Yola.. Jom pegi mintak," balas Farid. Perbualan mereka terhenti di situ.

*************

3 Januari 2010 merupakan hari pertama buat Farid untuk berada di sekolah menengah. Farid sendiri ragu-ragu akan persediaannya untuk menempuhi pelbagai cabaran di alam remaja ini. Sewaktu usia remaja inilah pelbagai ujian dan dugaan yang tak dijangka selalu datang.

Hari ini persekolahan belum dimulakan lagi. Walau bagaimana pun, Farid perlu mendaftarkan diri ke asrama pada hari ini. Tanpa membuang masa, Farid terus menggalas beg pakaiannya lalu melangkah masuk ke SMK Agama Arau. Seperti sudah suratan takdirnya untuk berada di situ.

Sebelum ini Farid telah memohon MRSM dan SMK Derma. Farid kalau boleh ingin menyambung pelajarannya di MRSM. Sekolah seperti itu merupakan pilihan utama di hati Farid. Tetapi apakan daya, MRSM tidak membalas surat permohonannya tempoh hari.

Farid memohon SMKA Arau atas saranan rakannya Hafiz. Hafiz yang beriya-iya hendak ke sini telah berpindah ke Kedah. Dia berpindah ke sana kerana terpaksa mengikut ayahnya yang bertukar tempat kerja. Farid tidak pernah menyesali takdirnya untuk berada di sekolah itu. Baginya, banyak hikmah daripada kejadian ini. Dia juga mensyukuri  peluang yang diberi Allah kepadanya untuk mempelajari agama melebihi murid-murid di sekolah biasa.

Selesai mendaftarkan diri, Farid lantas membawa kedua-dua ibu bapanya untuk melihat kamarnya. Kamar Farid atau lebih dikenali sebagai dorm mampu memuatkan sehingga 18 orang.

Hari pertama Farid di asrama agak membosankan. Dia langsung tidak mengenali ahli-ahli dormnya. Farid bukanlah seorang yang peramah. Oleh sebab itu, sukar untuknya memperoleh kawan baru. Dia membuat keputusan untuk berbaring seorang diri sambil melayan perasaan bosannya itu. Malam itu Farid tidak dapat tidur mengenangkan kedua-dua ibu bapanya di rumah.

************

"Allahu akbar......! Allahu akbar...!" kedengaran azan subuh berkumandang menandakan telah masuk waktu Subuh di kawasan Arau dan kawasan yang sewaktu dengannya.

"Farid...! o Farid....! Bangun la wey !! Dah masuk waktu Subuh dah. Tinggal kau sorang ja yang tak mandi lagi. Nanti kalau lewat pergi sekolah nanti susah," gerak Zul, rakan satu dorm Farid yang kedudukan katilnya hanya bersebelahan dengan Farid. Terdetik di hati Zul untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang rakan.

Disebabkan terlampau kelam-kabut pagi itu, Farid tak sempat solat berjemaah di surau. Oleh sebab itu, dormlah yang menjadi tempat ibadahnya subuh itu.

Mandi di pagi hari dengan suhu air pada tahap 15 darjah celcius amat menyeksakan buat Farid. Kalau hendak diikutkan hatinya, sememangnya dia tak mahu mandi pagi itu. Akan tetapi, Farid tahu "kebersihan itu sebahagian daripada iman". Dia juga tak mahu dikenali sebagai seorang yang pengotor.

Dalam minggu pertama persekolahan ini. sudah banyak perkara yang perlu Farid selesaikan untuk bergelar seorang pelajar AIS.

***********

"Kring!! Kring!!" loceng sekolah berdering dengan derasnya. Jam menunjukkan pukul 2.45 petang. Murid-murid dibenarkan pulang pada waktu ini. Farid jalan beriringan dengan Zul ketika hendak pulang ke asrama. Zul merupakan sahabat karibnya di asrama dan di sekolah. Zul merupakan seorang yang prihatin, baik hati dan penolong. Zullah yang banyak memberikannya motivasi dan semangat ketika Farid ditimpa musibah.

"Hurm... Kau camna malam ni ? Nak study ark ?" Zul membuka bicara.

"Aku rasa malam ni aku nak ulangkaji sikit kot. Kau Farid.

"Aku rasa aku nak study sungguh-sungguh arh. Aku tak mau arh main banyak-banyak sangat. Nanti aku jugak yang susah."

"Ye la... Aku faham..." balas Farid.

"Farid... Kau da ada awek ?" tetiba soalan yang tak dijangka Farid terpacul keluar daripada mulut sahabatnya itu.

Nak jawab ke tak soalan ni. Kalau aku buat tak tau nanti dia terasa pulak.Jawab je la. Bukan susah pun. 


"Aku takda awek pun. Kenapa ?" Farid membalas pertanyaan sahabatnya itu dengan pertanyaan.

"Saja aku tanya. Kiranya kau ni tak pernah bercinta arh ?" tnya Zul lagi.

Cinta...? Aku ni pun tengah cari cinta tu maksud dia apa.Camna arh aku nak bercinta kalau cinta tu pun aku tak taw benda pa.

"Urm... Tak pernah lagi," balas Farid.

Cinta.....? Benda pa tu ?! Aku sikit pun tak paham maksud cinta tu. Cinta tu macam 'chewing gum' ke ? Kunyah sampai habis rasa manis dia lepas tu buang dalam tong sampah. Tak pun macam sungai yang tak berhenti-henti mengalir. Satu hari nanti aku mesti jumpa jawapan dia.


*************

Malam itu, seperti selalu, Farid dan rakan-rakannya berkumpul dan bersembang. Selalunya perbualan mereka akan tamat apabila malam benar-benar lewat.

Rosyam memulakan perbualan,"yo...! Zul, betul ke aku dengar cerita kae couple dengan budak form 2 yang cute tu. Apa ke nama dia... Sarah kan ? Kalau tak silap aku arh"

"Eh, nama betul dia Maisarah la. Couple ke tak aku tak tau la. Tapi yang pastinya, dia cakap dia sayang kat aku ja," jawab Zul.

"Aik ?! Bukan malam ni kau nak study "sungguh-sunguh" ke ? Camna boleh tetiba tukar plan pulak ni ?" Farid menyampuk.

"Hahaha. Aku terlupa pulak plan aku petang tadi. Takpa kot, aku dah study dah minggu lepas," jawab Zul.

"Yo, Zul.. Aku tengok kau ni dah lain dah sejak ada Maisarah tu. Happy ja selalu. Apa kes ?" potong Rosyam.

"Aku ni nampak Happy ke ? Biasa la Syam tengah hangat lagi. Aku pun bru main SMS dengan dia seminggu kot," balas Zul.

"Kau pulak Farid ? Single-mingle lagi kan ? Tak mau cari ke ?" tetiba Rosyam mengajukan soalan.

Aku ??!! Awek-awek ni penting sangat ke ? Aku pelik betul arh dengan budak dua ekor ni. Awek tu bagi diorang ni satu keperluan kot. Kalau takda tu kira macam ketinggalan zaman arh kot bagi diorang. Tapi kan.. Kadang-kadang tu aku pun jelous gak tengok kawan-kawan yang ada awek ni semuanya happy ja.

"Urm.. Kau nak suruh aku cari ? Benda ni bukan bidang aku la," balas Farid spontan.

"Kalau kau nak, aku boleh ja tolong carikan. Kalau kau nak aku ajar kau cara nak tackle awek pon boleh. Aku bukannya berkira sangat dengan kawan-kawan ni," kata Rosyam.

"Hahaha. No, thanks. Takpa la. Tak payah susah," balas Farid.

Malam itu mereka masuk tidur pukul 2.00 pagi waktu Malaysia. Perancangan Farid dan Zul untuk ulang kaji hanya tiggal kata-kata.

*************

Akhirnya, hari yang ditunggu-tungu oleh Farid dan rakan-rakannya sudah tiba. Hari Jumaat semua pelajar asrama dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Seperti biasa, Farid diambil oleh ibunya di asrama. Bagi Farid, ini adalah sebuah peluang buatnya untuk melepaskan rindunya kepada ahli keluarganya di rumah.

Farid sampai ke rumahnya pada pukul 3.30. Aktiviti rutin yang akan ialah membantu ibunya sedikit sebanyak melakukan kerja rumah. Setelah selesai membantu ibunya, Farid akan merebahkan dirinya di atas katil. Dia tidak lupa untuk solat Asar sebelum melelapkan matanya petang itu. Farid yang berada dalam keletihan itu akan merehatkan dirinya sehinggalah hampir dengan waktu Maghrib.

Malam itu, Farid mempunyai banyak masa terluang. Farid bukanlah seorang yang suka merancang. Dia langsung tidak mempunyai perancangan hidup. Sehingga kini dia masih tercari-cari tujuannya hidup di atas muka bumi ini.

Oleh sebab Farid terlalu bosan, dia pun memeriksa kandungan inbox di dalam handsetnya yang telah lama dibiarkannya di dalam laci peribadinya itu. Ada tiga SMS baru yang Farid terima. Dua daripadanya adalah daripada Hotlink. SMS yang membosankan bagi Farid. SMS yang menggalakkan pelanggan mereka untuk topup lebih banyak pada hujung minggu ni. Yang menarik minat Farid adalah sebuah SMS daripada sebuah nombor yang tak dikenalinya. Kandungan SMS tersebut:

[ Hye Farid, cmna exam ? Sya doakan awak dpt result yg trbaik... ]

Di bahagian bawah SMS tersebut tertera nama pengirimnya Nadia. Farid mengambil masa beberapa ketika untuk cuba mengingati dan mengenali pengirim SMS tersebut.

!!!!! Baru aku ingat. Nadia ni rupanya. Ingatkan budak mana tadi. Bila aku ingat-ingatkan balik rasa nak tergelak pun ada. Time sekolah rendah dulu kawan-kawan aku selalu usik aku dengan dia. Masa tu, Nadia ni la budak yang paling comel dalam kelas kami. Entah macam mana kawan-kawan aku boleh kata yang dia minat kat aku. Kalau tanya aku pulak suka ke tak dekat dia. Entahla. Aku suka tengok muka dia yang ceria tu ja.

[ Hye Nadia. Exam ke ? Bley arh than result tu. Ckup2 mkn arh. Thanx sbab doakan Farid. Nadia skarang ni camna ? lama da x dgar cita.. ]


Farid menunggu Nadia membalas SMS tadi. Satu minit..... Dua minit.... Tiga minit sudah berlalu. Namun tiada sebarang balasan. Jam tangan Farid menunjukkan pukul 8.50 malam.

Astaghfirullahalazim... Aku tak sembahyang Isya' lagi ni. Dah lama dah masuk waktu.

Tut!! Tut!! Tut!! Handset Farid bergetar lalu berbunyi. Nadia telah membalas SMS Farid tadi.

[ Soe Farid... Nadia tolong Mummy kat dapur tadi. Sbab tu lmbat skit rply. Nadia skunk ni cam besa ja. Sihat alhamdulillah. Farid pulak cmna ? Sihat ? ]

Farid menghentikan langkahnya untuk ke bilik air hendak mengambil wudu'. Farid cepat-cepat membalas SMS Nadia.

[ Farid sihat-sihat je.. Nadia sekolah mna ? ]

[ Nadia sekolah kat SMK Jalan Raja Syed Alwi.. Nadia kan dpat 3a ja. So, Nadia x bley pegi jauh. Bkan mcam org tu.. Dia dpat 5a. Bdak genius arh katakan.. ]

[ Genius ? Eh, mana ada. Suma tu luck je pun. Klau Nadia rajin lgi PMR msti dpat straight A pnya la ]

[ Farid jgn lupa doakan Nadia taw. Farid da smbahyang ? ]

[ Adess.. On da way arh ni.. Nnti lpas smbahyang nnti Farid doakan Nadia na.. K arh. Salam... ]

[ Wassalam.. Jgan tggalkan smbahyang taw. Nnti Tuhan marah.. TQ sbab doakn Nadia.. Take care.. Nite ]

Farid meneruskan niatnya yang terbantut sebentar tadi. Setelah selesai solat, Farid membelek kerja rumahnya satu persatu. Kebanyakannya gagal menarik minat Farid. Farid cuma berjaya  menyiapkan latihan Matematiknya malam itu. Farid sangat meminati subjek Sains dan Matematik. Farid ingin menjadi seorang doktr. Dia menjadikan doktor sebagai kerjaya impiannya kerana minatnya yang mendalam terhadap subjek Sains. Farid yakin dia akan berjaya menukar mimpinya itu menjadi kenyataan satu hari nanti.

**************

Keesokan harinya.. Farid digerakkan oleh ibunya untuk solat Subuh. Farid sudah terbiasa digerakkan orang lain untuk bagun pada waktu pagi. Setelah selesai solat Subuh, Farid mengambil handsetnya untuk melihat jam. Tertera di skrin handset tersebut "new message from Nadia". Farid mengaru kepala.

Aduyai... Budak sorang ni pun. Pagi-pagi dah hantar SMS. Ada apa pulak dah. Pelik-pelik betul arh.

Tanpa membuang masa, Farid terus membaca SMS yang diterimanya itu.

[ Bangun !!! Smbahyg Subuh !! Cepat... Nnti lewat plak.. Morning Farid ]

Farid membalas SMS tersebut.

[ Dah smbhyg da ]

[ Baru bgun ke ? Lorh.. Matahari da sjengkal atas kpala 2 ]

Farid tak punya idea hendak membalas SMS Nadia. Dia sekadar bertanya...

[ Nadia dok wat pa ? ]

[ Nadia dok men dgn Mr. Teddy ni. Ksian kat dia. Dari smalam dok sorang2 kat ruang tamu 2. So, pagi ni Nadia teman arh dia ]

Farid tergelak sorang-sorang apabila selesai membaca SMS Nadia. Dia langsung tak menduga jawapan yang akan diberikan Nadia itu. Dia tak sangka yang Nadia masih suka bermain dengan patung teddy walaupun sudah masuk sekolah menengah.

[ Cik Nadia.. Awak 2 da umor 13 da.. Skrg ni pon bley men teddy bear lgi ke ? ]

[ Eh.. Ska hati lar.. Bkannya salah pon. Lgi pon. Adik Nadia sumanya bdak laki2. So, boring thap gaban dowh bila dduk kat rumah ni ]

[ Nnti arh pulak Farid antar SMS kat Nadia. Mak Farid dok pggil soh mkan 2.. Salam ]

[ K arh.. Wsalam ]

Farid suka berbalas SMS dengan Nadia.  Nadia seringkali berjaya membuatkan Farid tertawa membaca SMS yang dikirimnya. Bagi Farid, Nadia merupakan seorang yang peramah dan taat perintah ibu bapa. Sejak hari itu, Farid tidak henti-henti berbalas SMS dengan Nadia. Sudah berapa ratus agaknya SMS yang dihantar mereka berdua.

Farid juga membawa handsetnya ke asrama. Dengan adanya handset di asrama, agak mudah untuk Farid menghubungi kedua-dua ibu bapanya jika dia ditimpa masalah.

Begitu pantas masa berlalu. Sudah dua minggu Farid berbalas SMS dengan Nadia. Sikap Nadia yang peramah lagi memahami itu membuatkan Farid tak jemu-jemu membalas SMS yang Nadia kirim. Tiba- tiba Farid menerima sebuah SMS yang agak pelik daripada Nadia.

[ GF Farid x marah ke dok men mssage dgn Nadia ? ]

[ GF ?? Farid mana ada GF.. Napa tnya macam 2 ? ]

[ Mana la nak tau.. Kot2 arh da ada.. ]

[ Hak3.. Tadak arh ]

[ Nadia ska la mssage dgn Farid. Sbenarnya kan Farid. Nadia ska dkat sorang bdak laki ni. Tapi Nadia xtaw la samada dia ska kt Nadia ke x.. Farid rasa pe yg ptut Nadia wat ? ]

[ Pasal bdak yg Nadia ska 2.. Nadia bgitau je la kat dia yg Nadia ska dia. Budak skolah Nadia ke ? ]

[ Eh mna ada Nadia ska dkat budak skolah Nadia.... Nak Nadia bgi klu ark Nadia ska kat sapa ? Nadia rasa kompom Farid kenal.. ]

[ Urm... Farid x kisah sgat spa un.. Tp law Nadia nak gtaw un... Up 2 u lorh ]

[ Klu dya... Budak 2 rasanya tgah rply mssage Nadia skarang ni.. hu2 ]

Tak kan Nadia nak bagitau kat aku, akulah budak yang dia suka 2. Kau biar betul Nadia. Tak kan la time ni pun kau nak buat lawak kot.

[ Nadia x silap org ka ?  Biar betul Nadia ? ]

BERSAMBUNG~ hak3.. xdan arh nak copy...

5 comments:

  1. aq bc spintas lalu jaa.,nnt aq bc len.,hak3.,tp kan,aq mcm terasa sket bila bc nvel nih.,ha3~

    ReplyDelete
  2. hak3.. story from da experience cam ney arh... ag trasa part mna ? share sma ngan aq...

    ReplyDelete
  3. agak2 ag ada 6be fon nadia tuh??? hahahahaha!!!!
    bley than ar cita nie.....stakat nk buang msa bley ar..haha

    ReplyDelete
  4. nmber Ndia...? ttaw arh nak kata... kena chat kat FB arh law nk tnya lbey lnjut... hak3

    ReplyDelete