Tuesday, November 2, 2010

Kenapa kita baca Quran walaupun kita x faham maksudnya ?

Sebuah cerita yg menarik…

*********************************************************************************
Seorang muslim Amerika yg sudah tua tinggal di sebuah ladang di kawasan pergunungan barat Kentucky bersama seorang cucunya. Setiap pagi, Si Datuk bangun awal pagi sambil duduk di sebuah kerusi di dapur dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi sepertinya lalu dia meniru setiap perlakuan datuknya itu.
Pada satu hari SI Cucu bertanya “ Tok! Saya cuba membaca Quran seperti Tok tapi saya tdk memahaminya, dan apa yg saya faham ialah saya akan lupa apa yg saya baca setelah saya tutup kitab itu. Apa kebaikannya membaca Al-Quran ni ?”
Si Datuk dengan senyapnya beralih daripada meletakkan arang ke dalam tempat bahan bakar dan membalas, “Ambil raga arang ini dan pergilah ke sungai. Kemudian bawakan Tok satu raga dipenuhi air.”
Si Cucu melakukan apa yg disuruh, akan tetapi keseluruhan air yg berada di dalam raga itu tumpah sebelum Si Cucu sempat membawanya pulang. Si Datuk ketawa dan berkata, “Lain kali kamu perlu bergerak lebih pantas lagi wahai cucuku,” dan menghantar cucunya beserta dengan raga tersebut untuk mencubanya sekali lagi. Setelah penat mencuba Si Cucu memberitahu datuknya bahawa adalah mustahil untuk memenuhkan raga itu dengan air, lalu dia beredar dan mengambil sebuah baldi.
Si Datuk berkata, “ Tok tak nak sebaldi air tapi Tok nak seraga air. Wahai cucuku kamu belum cuba sedaya upayamu lagi,” dan dia keluar rumah untuk melihat cucunya mencuba sekali lagi.
Pada ketika ini, Si Cucu tahu perkara yg dilakukannya adalah mustahil, tetapi untuk membuktikan kepada datuknya walau selaju mana pun dia lari, air di dalam raga itu tetap tumpah sebelum dia sempat pulang ke rumah. Setelah kehabisan tenaga Si Cucu berkata, “Tok tengok, tak ada gunanya!”
“Jadi kamu fikir ianya tidak berguna?” Si Datuk kemudian berkata, “Lihat pada raga itu.”
Si Cucu melihat raga tersebut dan buat pertama kalinya barulah dia tersedar bahawa raga itu telah berubah. Sebuah raga yg telah dikotori dengan arang pada mulanya telah berubah menjadi bersih di luar dan di dalam. Wahai cucuku, itulah yg berlaku apabila kamu membaca Al-Quran. Kamu mungkin tidak memahami atau mengingati maksudnya, tetapi apabila kamu membacanya kamu akan berubah, luar dan dalam. Itulah kurniaan Allah dalam hidup kita.

No comments:

Post a Comment